Showing posts with label sup sayur. Show all posts
Showing posts with label sup sayur. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

MENU HARI INI..

Assalammualaikum salam sejahtera...

Selamat pagi yang ceria..ALHAMDULILLAH.. Sebelum Lesung Batu beritahu menu hari ini, Lesung Batu nak tunjukkan dahulu gambar-gambar hidangan semalam. Lesung Batu masak ikan taucu, sup sayur dan kentang + tempe sira lada.



set lengkap


ikan taucu (lauk utama)


Hari ini lauk lain pula yang akan Lesung Batu masak. InsyaAllah Lesung Batu akan masak daging pagi ini...iaitu DAGING RENDANG... SAYUR KACANG BUNCIS ..yang digoreng dan dibubuh sedikit santan bersama soohun dan tauhu kering, Lauk sampingannya pula Lesung Batu akan  goreng BERGEDIL... cubalah..pasti memikat selera..

Jutaan terima kasih kepada yang menempah. Lesung Batu dan rempahtumis® harap anda semua berpuashati dengan hidangan dari kami.

Terima kasih daun keladi...

SELAMAT MENJAMU SELERA

Wednesday, February 29, 2012

semalam dan hari ini

Assalammualaikum salam sejahtera...

Pagi yang indah..walaupun cuaca agak panas. Semalam; macam lesung batu beritau tempohari, Lesung Batu masak Kari Ayam. Di samping tu ada Terung Sambal dan Bergedil. Sepatutnya lauk sampingan bukanlah bergedil tetapi kacang sira lada (k.s.l). Atas sebab tertentu k.s.l tak dapat Lesung Batu masak. Minta maaf banyak-banyak. Di bawah ini gambar hidangan semalam... MENYELERAKANNN..





Hari ini hari Rabu. Lain pula yang akan lesung batu masak kejap nanti.. Lesung Batu nak masak ikan pula.. IKAN MASAK TAUCU...SUP SAYUR...&  TEMPE+KENTANG yang diSIRA LADA.. sekali lagi terima kasih kepada yang menempah. Harap anda semua berpuashati dengan hidangan dari Lesung Batu dan rempahtumis®.

Terima kasih daun keladi.....

SELAMAT MENJAMU SELERA