Sunday, March 18, 2012

maaf kan kami

Assalammualaikum salam sejahtera...

MOHON MAAF.. ATAS SEBAB TERTENTU LESUNG BATU TIDAK SEMPAT UNTUK UPDATEKAN GAMBAR DAN POST TERBARU. AKAN DI LAKUKAN SECEPAT MUNGKIN. 

TERIMA KASIH..

Friday, March 9, 2012

MENU HARI INI.

Assalammualaikum salam sejahtera...

Salam Pagi Jumaat.. Indah dan Cerah lagi Ceria... ALHAMDULILLAH.. terima kasih ALLAH. Lesung Batu tunjukkan gambar hidangan semalam lah, ya.. Seperti diketahui semalam Lesung Batu masak..IKAN ASAM PEDAS, SAWI GORENG DAN TELUR ASIN....

 set lengkap

lauk utama (ikan asam pedas)

Hari ini... Pagi Jumaat ini, Lesung Batu akan masak lauk AYAM MASAK MERAH, KACANG PANJANG GORENG BERSANTAN dan IKAN MASIN... Cubalah...

Terima kasih kepada yang menempah dan memberi sokongan. Semuga anda berpuashati dengan hidangan kami.

TERIMA KASIH DAUN KELADI..

SELAMAT MENJAMU SELERA DAN BERHUJUNG MINGGU

Thursday, March 8, 2012

JUADAH SEMALAM DAN MENU HARI INI

Assalammualaikum salam sejahtera...

Cuaca yang sejuk pagi ini. Hujan sepanjang malam tadi berlarutan hingga ke pagi ini. Alhamdulillah hujan bawa rezeki. Lesung Batu nak tunjukkan gambar hidangan semalam. Terdapat perubahan sedikit pada hidangan sayur dan sampingan. Lauk utama tetap sama iaitu KARI DAGING. tetapi sayur bendi ditukar kepada KUBIS GORENG dan ikan masin digantikan dengan TEMPE GORENG.

 set lengkap
lauk utama (kari daging)

Hari ini lain pula hidangannya. Lesung Batu akan masak  IKAN ASAM PEDAS.. SAWI GORENG dan TELUR ASIN..Sekali lagi jutaan terima kasih kepada yang menempah. Semuga anda berpuashati dengan hidangan dari Lesung Batu dan rempahtumis®.

TERIMA KASIH DAUN KELADI...

SELAMAT MENJAMU SELERA

Wednesday, March 7, 2012

JUADAH SEMALAM DAN MENU HARI INI

Assalammualaikum salam sejahtera

Selamat Pagi Rabu yang ceria.. ALHAMDULILLAH..Terima kasih ALLAH.. Seperti biasa Lesung Batu nak tunjukkan gambar hidangan semalam. Lesung Batu masak ikan semalam.. Ikan Masak Kicap. Ada juga sayur Tauge Goreng dan Kacang Sira Lada...

set lengkap

lauk utama (ikan masak kicap)

InsyaALLAH kejap lagi Lesung Batu akan masak lauk daging sekali lagi. Kali ini KARI DAGING, BENDI GORENG BERLADA dan IKAN MASIN.. Cubalah.

Untuk esok pula juadahnya adalah IKAN ASAM PEDAS, SAWI GORENG & TELUR ASIN... Jom Tempah!!..

Jutaan terima kasih kepada yang menempah dan memberi sokongan. Lesung Batu dan rempahtumis®harap anda berpuashati dengan hidangan dari kami.

TERIMA KASIH DAUN KELADI...

SELAMAT MENJAMU SELERA

Tuesday, March 6, 2012

Hidangan Jumaat dan Isnin semalam

Assalammualaikum salam sejahtera..

Pagi yang indah. ALHAMDULILLAH..Terima Kasih ALLAH.. Semalam Lesung Batu agak sibuk hingga tak berkesempatan nak upload gambar hidangan Jumaat kelmarin. Jumaat tu Lesung Batu masak Ikan Sumbat Belakang..Sayur Bayam Masak Air dan Telur Asin.

 set lengkap

lauk utama (ikan sumbat belakang)

Menyelerakan. Semalam pula (Isnin) Lesung Batu masak Tom Yum Campur. Ada udang, sotong, daging, ayam dan juga sayur. Ada juga Sayur Kacang Panjang Goreng dan Tauhu yang dicicah bersama Sambal Kicap. Gambar hidangannya di bawah ini.

hidangan lengkap

 lauk utama (Tom Yum Campur)

Terima kasih kepada yang menempah dan memberi sokongan. Semuga anda semua berpuashati dengan hidangan dari Lesung Batu dan rempahtumis®. Untuk hari ini Selasa, Lesung Batu akan masak IKAN MASAK KICAP.. TAUGE GORENG disertakan dengan KACANG SIRA LADA.. InsyaALLAH esok hidangan daging pula.. iaitu KARI DAGING, BENDI GORENG BERLADA dan IKAN MASIN... cubalah. :) 

Terima kasih daun keladi..

SELAMAT MENJAMU SELERA


Friday, March 2, 2012

menu jumaat

Assalammualaikum salam sejahtera..

Selamat Hari Jumaat... Semuga hari kita indah sepanjang hari jumaat ini. Sebelum Lesung Batu beritau menu hari ini... dibawah ini Lesung Batu tunjukkan gambar hidangan semalam. Lauk semalam adalah Rendang Daging juga Sayur buncis goreng bersantan. Disamping itu ada Bergedil sebagai lauk sampingan.

set lengkap

rendang daging (lauk utama)

Pagi Jumaat ini, InsyaAllah Lesung Batu akan masak IKAN SUMBAT BELAH BELAKANG beserta SAYUR BAYAM TUMIS AIR dan TELUR ASIN...Jom tempah..

Terima kasih kepada yang menempah. Semuga berpuashati dengan hidangan dari Lesung Batu dan rempahtumis®.

Terima kasih daun keladi..

SELAMAT MENJAMU SELERA DAN BERHUJUNG MINGGU.

Thursday, March 1, 2012

MENU HARI INI..

Assalammualaikum salam sejahtera...

Selamat pagi yang ceria..ALHAMDULILLAH.. Sebelum Lesung Batu beritahu menu hari ini, Lesung Batu nak tunjukkan dahulu gambar-gambar hidangan semalam. Lesung Batu masak ikan taucu, sup sayur dan kentang + tempe sira lada.



set lengkap


ikan taucu (lauk utama)


Hari ini lauk lain pula yang akan Lesung Batu masak. InsyaAllah Lesung Batu akan masak daging pagi ini...iaitu DAGING RENDANG... SAYUR KACANG BUNCIS ..yang digoreng dan dibubuh sedikit santan bersama soohun dan tauhu kering, Lauk sampingannya pula Lesung Batu akan  goreng BERGEDIL... cubalah..pasti memikat selera..

Jutaan terima kasih kepada yang menempah. Lesung Batu dan rempahtumis® harap anda semua berpuashati dengan hidangan dari kami.

Terima kasih daun keladi...

SELAMAT MENJAMU SELERA