Wednesday, February 29, 2012

semalam dan hari ini

Assalammualaikum salam sejahtera...

Pagi yang indah..walaupun cuaca agak panas. Semalam; macam lesung batu beritau tempohari, Lesung Batu masak Kari Ayam. Di samping tu ada Terung Sambal dan Bergedil. Sepatutnya lauk sampingan bukanlah bergedil tetapi kacang sira lada (k.s.l). Atas sebab tertentu k.s.l tak dapat Lesung Batu masak. Minta maaf banyak-banyak. Di bawah ini gambar hidangan semalam... MENYELERAKANNN..





Hari ini hari Rabu. Lain pula yang akan lesung batu masak kejap nanti.. Lesung Batu nak masak ikan pula.. IKAN MASAK TAUCU...SUP SAYUR...&  TEMPE+KENTANG yang diSIRA LADA.. sekali lagi terima kasih kepada yang menempah. Harap anda semua berpuashati dengan hidangan dari Lesung Batu dan rempahtumis®.

Terima kasih daun keladi.....

SELAMAT MENJAMU SELERA

Monday, February 27, 2012

MENU HARI INI.

Assalammualaikum salam sejahtera..

Hari ini hari isnin.. Bermula minggu baru.. Dah  hampir tiba ke penghujung Februari.. Hari ini Lesung Batu masak ikan..IKAN TERUTUP... sayurnya LABU MASAK LEMAK dan sidedishnya pula.. TAUHU GORENG yang dicicah dengan SAMBAL KICAP....menyelerakan.





Terima kasih kepada yang menempah. Harap anda berpuashati dengan hidangan Lesung Batu dan rempahtumis®. InsyaALLAH, esok  hari Selasa Lesung Batu akan masak; KARI AYAM.. TERUNG SAMBAL ...dan.. KACANG SIRA LADA..

Terima kasih Daun Keladi..

SELAMAT MENJAMU SELERA

menu jumaat

Assalammualaikum salam sejahtera,

Selamat Hari Isnin untuk semua.. 

Lesung Batu nak tunjuk gambar hidangan hari Jumaat minggu lepas. Lesung Batu masak sup daging hari Jumaat tu... lawannya sayur campur dan telur asin. Sedappp... Lagilah kalau ada sambal belacan... makin terangkat.. tapi sambal belacan kena tumbuk sendirilah, iya... takde dalam menu rempahtumis®


Terima kasih kepada yang menempah dan memberi sokongan. Semuga anda semua berpuashati dengan hidangan Lesung Batu dan rempahtumis®.

SELAMAT MENJAMU SELERA

Friday, February 24, 2012

MENU HARI INI.

Assalammualaikum salam sejahtera...

Ini gambar lauk-pauk semalam yang lesung batu masak.. Kari ikan, kubis goreng berkicap dan kacang sira lada. Menyelerakan...






Hari ini jumaat lain pulak hidangan yang lesung batu akan masak. Menu hari ini daging... lesung batu akan masak SUP DAGING...SAYUR CAMPUR...& ..TELUR ASIN.. sedapppp. Terima Kasih kepada yang menempah dan memberi sokongan. Semuga anda semua berpuashati dengan masakan dan hidangan dari RempahTumis® dan lesung batu.

Terima kasih daun keladi...


SELAMAT MENJAMU SELERA DAN BERHUJUNG MINGGU

Thursday, February 23, 2012

semalam..hari ini.... esok...

assalamualaikum salam sejahtera....

lesung batu nak tunjuk gambar hidangan semalam.. menyelerakan dan sedap..terima kasih kepada yang menempah dan memberi sokongan. Harap anda berpuashati dengan hidangan dari rempahtumis®






Hari ni lesung batu akan masak lauk ni pula... IKAN MASAK KARI.. KUBIS GORENG BERKICAP & sidedish nya KACANG SIRA LADA.

Untuk esok hidangan nya pula daging iaitu... SUP DAGING..SAYUR CAMPUR dengan TELUR ASIN...

terima kasih daun keladi...


SELAMAT MENJAMU SELERA

Tuesday, February 21, 2012

menu semalam....,hari ini dan esok

Dah beberapa hari lesung batu tak update post kat sini... lesung batu tak sempat.. bukannya apa... tapi hari ni... lesung batu 'curi' masa lagi.. tapi tak banyak sikit jer.. Semalam lesung batu masak daging dendeng...sejenis masakan dari negeri sembilan tetapi lesung batu ubah sedikit..dagingnya tidak disalai tetapi digoreng. Rasa tetap sedap.. Hari ini lesung batu masak ikan pulak.. IKAN MASAK ASAM...SAYUR KANGKUNG GORENG & KACANG+TEMPE SIRA LADA...sedap!!

Lesung batu nak beritau menu esok.. manalah tau kot-kot tak sempat lagi ... jadi untuk esok hidangannya ialah AYAM MASAK ASAM PEDAS.. KACANG PANJANG GORENG & IKAN MASIN... memang ngamlah..

terima kasih.. SELAMAT MENJAMU SELERA..

Tuesday, February 14, 2012

MENU HARI INI.

Assalammualaikum  salam sejahtera, 


Semalam lesung batu tak sempat nak update post menu, alhamdulillah hari ni lesung batu 'curi masa' sikit nak bagi tau hari ni masak apa... Ok. menu hari ini... lesung batu masak... DAGING KURMA dengan ACAR TIMUN NENAS (salad buah orang Malaysia ni...) dan IKAN MASIN GORENG....sedappppp...

SELAMAT MENJAMU SELERA

Friday, February 10, 2012

menu hari ini.

Menu Hari ini..

hari ini lesung batu  masak .. ayam masak kicap..sayur buncis goreng.... & kacang sira lada.. Ngam lagi sedap...

SELAMAT MENJAMU SELERA

Thursday, February 9, 2012

menu hari ini.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera....

Menu hari ini adalah.. Ikan Asam Pedas bersama Bendi dan Daun Kesum. Sayurnya pula Sawi Goreng. Sementara untuk side-dish pula, Telur Asin.

Selamat Menjamu Selera

Wednesday, February 8, 2012

PROMOSI PENGENALAN

OPERASI KAMI BERMULA ESOK, 9 FEBRUARI 2012. Tempahan pertama boleh dibuat hari ini. Kami memberi DISKAUN RM 1.00 bagi tempahan harian untuk anda mencuba masakan kami. Tempoh promosi pengenalan ini selama 10 hari perkhidmatan (9 Feb hingga 22 Feb 2012). 


SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA

Tuesday, February 7, 2012

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog Rempah Tumis®. Rempah Tumis® adalah khidmat penghantaran makanan terus ke rumah anda. Tak perlu lagi risau tentang makanan anak-anak semasa anda bekerja atau tentang makan malam jika anda letih untuk memasak apabila pulang dari kerja dan malas untuk makan di luar. Order saja mengikut pakej yang anda mahu, buat pembayaran mengikut cara yang ditetapkan dan kami akan pastikan makanan yang enak sampai ke rumah anda.

Kami harap anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan. 

Terima Kasih.