Assalammualaikum salam sejahtera..
Pagi yang indah. ALHAMDULILLAH..Terima Kasih ALLAH.. Semalam Lesung Batu agak sibuk hingga tak berkesempatan nak upload gambar hidangan Jumaat kelmarin. Jumaat tu Lesung Batu masak Ikan Sumbat Belakang..Sayur Bayam Masak Air dan Telur Asin.
set lengkap
lauk utama (ikan sumbat belakang)
Menyelerakan. Semalam pula (Isnin) Lesung Batu masak Tom Yum Campur. Ada udang, sotong, daging, ayam dan juga sayur. Ada juga Sayur Kacang Panjang Goreng dan Tauhu yang dicicah bersama Sambal Kicap. Gambar hidangannya di bawah ini.
hidangan lengkap
lauk utama (Tom Yum Campur)
Terima kasih kepada yang menempah dan memberi sokongan. Semuga anda semua berpuashati dengan hidangan dari Lesung Batu dan rempahtumis®. Untuk hari ini Selasa, Lesung Batu akan masak IKAN MASAK KICAP.. TAUGE GORENG disertakan dengan KACANG SIRA LADA.. InsyaALLAH esok hidangan daging pula.. iaitu KARI DAGING, BENDI GORENG BERLADA dan IKAN MASIN... cubalah. :)
Terima kasih daun keladi..
SELAMAT MENJAMU SELERA